Saturday, 22 January 2011

LITAR ‘DIRECT ONLINE’ PADA ‘DISTRIBUTION BOX’

Hasil Kerja : NAZRUL HAFIZI BIN JAAFAR

No.Pendaftaran : A04STE08F508

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : UAC BERHAD TASEK , PERAK

1.0 Pengenalan

‘Direct Online’ DOL atau penghidup ‘Across the Line’ menghidupkan motor elektrik dengan mengaplikasikan voltan garis penuh kepada terminal motor. Ia merupakan jenis penghidup motor yang paling ringkas. Penghidup motor DOL juga mempunyai peralatan perlindungan, dan dalam sesetengah situasi, terdapat pemantauan keadaan. Penghidup ‘Direct Online’ yang lebih kecil dikendalikan secara manual, manakala saiz yang lebih besar menggunakan penyentuh elektromekanikal relay untuk mengoperasikan litar motor.

Penghidup ‘Direct Online’ boleh digunakan jika arus masukan tinggi motor tersebut tidak menyebabkan kejatuhan voltan dalam bekalan litar. Saiz maksimum yang boleh menggunakan penghidup ‘Direct Online’ mungkin terhad berdasarkan bekalan utiliti kerana sebab ini. Sebagai contoh, satu unit utiliti memerlukan pengguna untuk menggunakan penghidup penurun voltan bagi motor yang mempunyai lebih 10kw.

Penghidup ‘Direct Online’ kadangkala digunakan untuk menghidupkan pam air kecil, pemampat, kipas dan ‘conveyor belts’. Bagi motor seperti motor 3 fasa sangkar tupai, motor tersebut akan menggunakan arus permulaan yang tinggi sehingga ia mencecah kelajuan penuh. Arus permulaan ni kebiasaannya lebih kurang 6 kali ganda daripada arus penuh beban, dan mungkin mencecah sehingga12 kali ganda. Untuk mengurangkan arus masukan, motor yang digunakan hendaklah mempunyai penghidup penurun voltan atau ‘variable speed drives’ untuk mengurangkan kadar voltan pada bekalan kuasa.

2.0 Spesifikasi/Jenis Peralatan Yang Digunakan

i. Kotak Agihan (10” x 8”)

ii. Pemutus Litar Miniatur 6 A

iii. ‘Overload Relay’Schneider Electric Model LR9F5557

iv. ‘Push Button’ – ‘Start’

v. ‘Push Button’ – ‘Stop’

vi. Penyentuh – Schneider Electric Model LC1D09M7

vii. Lampu ‘Run’

viii. Lampu ‘Trip’

ix. Wayar 1.5 mm (7’)

x. Wayar Merah, Kuning, Biru 2.5 mm (2’)

xi. Mesin Gerudi – Bosch Model GBM 350 RE (0592-060113A743)

xii. Set Mata Gerudi

xiii. Trek Pemegang Komponen

xiv. Playar Muncung Tirus

xv. Playar Gabung

xvi. Playar Kacip

xvii. ‘Testpen’

xviii. Pemutar Skru ‘Philips’

xix. Pemutar Skru Rata

xx. Spanar Boleh Laras

xxi. Pembaris Besi 1’

xxii. Pita Pengukur

xxiii. Pembaris Bulatan

xxiv. Pensil

3.0 Operasi Litar

Berdasarkan Rajah 3.1, apabila butang ‘Start’ ditekan and ‘Main Circuit Breaker’ dipasang, arus akan mengalir melalui ‘Main Circuit breaker’, ‘Overload Relay’, butang ‘Stop’, butang ‘Start’ dan juga ke Penyentuh. Arus juga akan mengalir ke Lampu ‘Run’ dan ia akan menyala menandakan Litar ‘Direct Online’ berada dalam keadaan ‘On’ pada ketika ini. Sementara itu, Penyentuh akan teraruh. Apabila Penyentuh teraruh, Sesentuhnya akan berubah keadaan iaitu daripada ‘Normally Open’ ke ‘Normally Close’ atau daripada ‘Normally Close’ ke ‘Normally Open’. Oleh sebab itu, Sesentuh C1, akan berubah keaadan daripada ‘Normally Open’ ke ‘Normally Close’ dan membenarkan arus mengealir melaluinya. Sesentuh C1 akan berfungsi sebaagai ‘Holding Contact’ supaya pengguna boleh melepaskan butang ‘Start’apabila menggunakannya. Jika tidak, pengguna terpaksa menekan butang ‘Start’ secara berterusan untuk menghidupkan Litar ‘Direct Online’ tersebut. Litar tersebut boleh dimatikan dengan menekan butang ‘Stop’ atau mematikan ‘Main Circuit Breaker’. Ini akan menyebabkan bekalan arus ke litar terputus dan mematikan litar tersebut. Apabila jumlah arus adalah berlebihan, ‘Overload Relay’ akan diaktifkan dan ia akan memotong bekalan arus ke litar secara terus. Pada ketika ini, Lampu ‘Trip’ akan menyala.

clip_image002

Rajah 1.0 DOL beserta timer relay.

clip_image004

Rajah 2.0 DOL yang telah siap dipasang

clip_image006

Rajah 3.0 Litar Kawalan untuk Penghidup ‘Direct Online’ Ringkas

clip_image008

Rajah 4.0  Litar Kuasa untuk Pengidup ‘Direct Online’ Ringkas

4.0 Proses Kerja Yang Dilakukan

i. Titik tengah bagi bulatan untuk ‘Push Button’ (Start & Stop) dan juga Lampu ‘Run’ & Trip’ diukur dan ditanda pada bahagian pintu ‘Distribution Box’ menggunakan pensil.

ii. Beberapa titik ditanda pada bahagian dalam untuk skru yang akan digunakan untuk Prek Pemegang Komponen.

iii. Tanda bulat ditambah pada setiap titik yang ditanda pada bahagian pintu ‘Distribution Box’ bagi menunjukkan saiz untuk ‘Push Button’ (Start & Stop) dan juga Lampu ‘Run’ & Trip’.

iv. Bahagian titik tengah yang ditanda digerudi menggunakan Mesin Gerudi yang dipasang dengan mata gerudi bersaiz sederhana.

v. Lubang yang telah dibuat digerudi sekali lagi menggunakan Mesin Gerudi yang dipasang dengan ‘Hole Cutter’ supaya sama saiz dengan Push Button’ (Start & Stop) dan juga Lampu ‘Run’ & Trip’.

vi. ‘Push Button’ (Start & Stop) dan juga Lampu ‘Run’ & Trip’ dipasang pada lubang-lubang yang telah digerudi pada bahagian pintu ‘Distribution Box’.

vii. Trek Pemegang Komponen diukur dan ditanda berdasarkan panjang yang sesuai dengan ‘Distribution Box’.

viii. Bahagian yang ditanda pada Trek Pemegang Komponen dipotong menggunakan gergaji besi.

ix. Trek Pemegang Komponen yang telah dipotong, dipasang pada bahagian dalam ‘Distribution Box’ dan diikat menggunakan skru.

x. Komponen-komponen seperti ‘Main Circuit Breaker’, ‘Overload Relay’, Penyentuh/‘Contactor’, dipasang pada Trek Pemegang Komponen.

xi. Pendawaian bagi Litar Kuasa disambung pada komponen.

a. Wayar Merah, Kuning, Biru disambungkan dari ‘Main Circuit Breaker’ ke Penyentuh/‘Contactor’.

b. Dari Penyentuh/‘Contactor’, Wayar Merah, Kuning, Biru disambungkan ke ‘Overload Relay’.

xii. Pendawaian bagi Litar Kawalan disambungkan pada komponen berdasarkan berikut :

a. Wayar ‘Life’disambungkan dari Fius ke ‘Main Circuit Breaker’.

b. Wayar ‘Life’ disambungkan dari ‘Main Circuit Breaker’ ke ‘Overload Relay’.

c. Wayar ‘Life’ disambungkan dari Sesentuh ‘Normally Open’ ke ‘Normally Close’ pada ‘Overload’. Dari Sesentuh ‘Normally Close’, wayar ‘Life’ disambungkan ke ‘Push Button’ – ‘Stop’. Manakala dari Sesentuh ‘Normally Open’, wayar ‘Life’ disambungkan ke Lampu ‘Trip’.

d. Wayar ‘Life’ disambungkan dari ‘Push Button’ – ‘Stop’ ke ‘Push Button’ – ‘Start’ dan juga ke Sesentuh ‘Normally Open’ pada Penyentuh/‘Contactor’. Wayar ‘Life’ disambungkan semula dari Sesentuh ‘Normally Open’ bagi Penyentuh/‘Contactor’ ke ‘Push Button’ – ‘Start’.

e. Wayar ‘Life’ disambungkan dari ‘Push Button’ – ‘Start’ ke Penyentuh/‘Contactor’ dan juga ke Lampu ‘Run’.

f. Wayar ‘Neutral’ disambungkan dari Lampu ‘Trip’ ke Penyentuh/‘Contactor’.

g. Wayar ‘Neutral’ disambungkan dari Penyentuh/‘Contactor’ ke Lampu ‘Run’.

xiii. Sebuah Soket 13 A diambil dan disambungkan pada Litar ‘Direct Online’ untuk memastikan litar tersebut berfungsi dengan baik.

a. Wayar ‘Life’ disambungkan dari Soket ke Fius.

b. Wayar ‘Neutral’ disambungkan dari Soket ke Lampu ‘Run’

c. Wayar ‘Earth’ disambungkan dari Soket ke salah satu skru pada ‘Distribution Box’

xiv. Soket 13 A tersebut disambungkan pada ‘Plug’ dan ‘Plug’ dipasang. Litar ‘Direct Online’ berfungsi dengan baik.

No comments:

Post a Comment