Hasil Kerja : MOHD ZUNNURAIN BIN ARIFFIN
No.Pendaftaran : A04STE08F003
Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS
Firma Latihan Industri : PENGURUS CAWANGAN ULU KINTA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TENAGA NASIONAL BERHAD JALAN BESAR ULU KINTA 31250 TANJUNG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN
1.0 Tujuan:
Menanam tiang spun 9 meter dan langkah-langkah sebelum penanaman tiang
2.0 OBJEKTIF:
- Mendedahkan kepada pelatih tentang ujian yang perlu dilakukan sebelum tiang ditanam
- Dapat didedahkan tentang cara untuk mengikat tiang dengan betul sebelum ianya diangkat oleh kren auger
3.0 ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENANAM TIANG:
- Penumbuk bumi
- Penyodok tanah dan cangkul
- Tali
- Bendera amaran
- Sarung tangan
- Topi keselamatan
- Dua lembar pengikat tiang
- Kayu pancang
4.0 LANGKAH KESELAMATAN:
- Pastikan tubuh badan sentiasa sihat sebelum melakukan kerja
- Memakai alat perlindungan diri seprti topi keselamatan,’safety shoes’, ‘vest’ dan sebagainya ketika melakukan kerja
- Meletakan kon-kon keselamatan di hadapan dan belakang kenderaan
- Apabila mengendalikan ‘kren auger’ di larang bergurau semasa berkerja kerana sedikit kesilapan akan mengundang bahaya
- Jek perlu diturunkan terlebih dahulu di bahagian depan dan belakang
- Pastikan ianya stabil
- Tempat yang hendak dikorek perlu di uji untuk mengelakkan terkena kabel atau paip air
- Bendera merah perlu diikat pada pangkal tiang semasa ianya dibawa
- Pembumian perlu dipasang pada ‘kren’
5.0 LANGKAH KERJA:
- Tiang diambil dan disusun di atas ‘kren auger’.kapasiti yang boleh dibawa oleh ‘kren auger’ ialah 4 batang tiang
Rajah 1.0 ‘Kren Auger’ membawa 3 batang tiang
- Apabila sampai ditempat penanaman tiang,kawasan tersebut dilihat terlebih dahulu untuk pastikan tidak terdapat kabel atau paip air dibawah tanah.cara mengujinya dengan mengunakan 2 lembar kabel tembaga.Jika terdapat tarikan antaranya maka penanaman tidak boleh dilakukan
- Kayu pancang dipacak di tempat yang hendak di tanam untuk memastikan kedudukan tiang lurus antara satu sama lain
- Apabila di pastikan ianya lurus,kerja-kerja mengorek mengunakan kren dilakukan
- Tapak kren auger diturunkan dan pastikan ianya stabil
- Penyodok atau cangkul digunakan untuk membuang lembiran pasir atau tanah yang keluar dari lubang apabila dikorek oleh kren
- Lubang hendaklah dikorek sedalam 1.5 meter untuk tiang 9 meter dan 1.2 meter untuk tiang 7.5 meter
Rajah 2.0 Membuat lubang sedalam 7.5 meter untuk menanam tiang 9 meter
- Selesai mengorek lubang kren haruslah dibersihkan
- ‘Kren’ digunakan untuk mengangkat tiang,sebelum tiang diangkat ikat kain pengikat tiang di tali
Rajah 3.0 Mengangkat tiang untuk masuk ke dalam lubang
- Tali digunakan untuk menarik tiang masuk ke dalam lubang
- Tanah dimasukkan ke dalam lubang tiang dan di tubuk dengan menggunakan penumbuk bumi sehingga padat
Rajah 4.0 Tiang di bawa masuk ke dalam lubang menggunakkan kren kemudian tanah dihentak dengan padat
- Tiang di pusing pada kedudukan yang dihendaki
salam , tahu tak harga atau kos untuk sebatang tiang eletrik konkrit ?? tq . asap :)
ReplyDeleteAsslmkm..boleh tak bagi penerangan untk langkh2 menanam tiang cara manual
ReplyDeletetiang 9m ditanam dalam lubang sedalam 7.5m atau 1.5m?
ReplyDelete