Hasil Kerja : NUR NABILAH BINTI MOHD HASSAN
No.Pendaftaran : A04STE08F501
Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS
Firma Latihan Industri : SYARIKAT IKAF LEKTRIK SDN.BHD , IPOH,PERAK
A. TAJUK PROJEK : Membuat Pemasangan Pedawaian Kabel Bawah Tanah.
B. TARIKH MULA : 14 Mei 2010
C. TARIKH TAMAT : 14 Mei 2010
D. AKTIVITI :
i. Menanam Armoude kabel
ii. Memasang Lampu Globe
E. BAHAN-BAHAN :
1.Kabel 16 mm
2.Kabel 2.5 mm (Merah, Hitam dan Hijau)
3.Konduit G.I 1”
4.Aksesori G.I 1”
5.Paku
6.Skru
7.Papan
8.Kayu 2x2
9.Neutral Link
10.Tiang Lampu
11.Timer
12.Contector
13.Connector
14.Tape Hitam
F. LANGKAH KERJA
1. Sediakan peralatan yang hendak digunakan dan bahan-bahan selengkapnya.
Rajah 1.0 Peralatan Yang Digunakan
2. Rangka kerja dan tentukan kedudukan point-point yang akan dibuat.
3. Mulakan kerja dengan membuat lubang sedalam 3 kaki dan pastikan laluan yang akan dibuat lurus.
Rajah 2.0 Mencangkul Laluan Kabel
4. Masukkan sedikit pasir di sepanjang laluan kabel yang hendak dilalui.
5. Masukkan kabel pada laluan yang telah dimasukkan pasir tadi.
6. Timbuskan dengan sedikit pasir kemudian masukkan tali sebagai penanda.
7. Tindihkan kabel tadi dengan batu-bata di sepanjang laluan kabel itu.
8. Timbuskan semula lubang tadi dengan tanah apabila kerja menindih kabel dengan batu-bata siap dijalankan.
9. Pastikan lubang yang ditimbus tadi di ratakan separti sedia kala supaya kelihatan kemas.
10. Tiang lampu dipasang sebaik sahaja kerja-kerja diselesaikan.uji pepasangan akan dibuat apabila ianya telah siap .
G. PERATURAN IEE
Mengikut peraturan IEE seperti yang termaktub pada peraturan 22, sesalur dan sambungan bawah tanah, kurungan (2) menyatakan bahawa pemecahan lebuh, jalan atau tempat awam bagi maksud meletak sesalur bawah tanah dan sambungan baginya dan penimbusan serta pembaikkan semulanya hendaklah dijalankan oleh pemunya, pengurusan, pemegang lessen, pihak berkuasa bekalan atau pekerja atau ejennya mengikut mana-mana yang berkenaan.
H. LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN
I. Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah bersesuaian.
II. Menggunakan peralatan tangan yang baik dan kering.
III. Jangan bergurau ataupun makan ketika melakukan kerja.
IV. Pastikan sewaktu menggali lubang, hendaklah berhati-hati kerana dikhuatiri dibawah terdapat kabel yang sedia ada atau sebaliknya.
V. Tangga perlulah dibuka dan diletakkan dalam keadaan yang betul dan stabil.
VI. Selesai menjalankan tugas, pastikan semua peralatan disimpan di tempat asalnya dan selamat serta kemaskan tempat kerja.
I. PENGUJIAN RINTANGAN PENEBAT
- Langkah-Langkah Pengujian
I. Tanggalkan fius lain yang bukan berada dalaam kumpulannya
II. Suis kawalan di matikan jika beban itu tidak dapat ditanggalkan.
III. Pastikan tiada bekalan dalam litar.
IV. Bacaan tidak kurang daripada 1 mega ohm.
- Tujuan Pengujian
I. Memastikan ketahanan penebat antara pengalir dan ketahanan penebat antara pengalir dengan pengalir bumi tidak belrlakunya sebarang kebocoran atau litar pintas.
II. Memastikan samada litar itu selamat daripada kebocoran arus antaran pengalir dengan bumi yang mengakibatkan kejutan elrktrik.
J. PENGUJIAN KETERUSAN
- Langkah-Langkah Pengujian
I. Mengikut setiap rintangan pada setipa pengalir litar itu jejari itu diantara kedua-dua hujung pengalir itu terbuka dan belum disambung dengan unit pengguna.
II. Menyambung hujung setiap penglir litar jejari kepada unit pengguna dan tutup suis pemutus litar atau tanggalkan fius litar kecil akhir jejari yang sedang diuji pada unit pengguna.
III. Mengukur rintangan diantara papan utama unit penggu dengan titik tengah litar jejari bagi setiap pengalir.
- Tujuan Pengujian
Memastikan setiap pengalir pada litar jejari mempunyai keterusan yang baik.
K. PENGUJIAN KEKUTUBAN
- Pengujian kekutuban ini bertujuan untuk menentukan supaya alat-alat yang dipasang dengan betul dan ketat.
- Alat yang digunakan ialah jangka ohm.
- Langkah-langkah pengujian :
i. Suis utama dimatikan (bekalan diputuskan)
ii. Semua beban dikeluarkan dari litar atau sesebuah pepasangan.
iii. Sambungan plumbum penguji mengikut rajah dibawah.
iv. Bacaan haruslah kurang dari 1 ohm
No comments:
Post a Comment