Hasil Kerja : MOHD ZUNNURAIN BIN ARIFFIN
No.Pendaftaran : A04STE08F003
Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS
Firma Latihan Industri : PENGURUS CAWANGAN ULU KINTA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TENAGA NASIONAL BERHAD JALAN BESAR ULU KINTA 31250 TANJUNG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN
1.0 PERALATAN:
- Insulated Piercing Connector (IPC)
- Dead end clamp 25mm
- Kabel clip 18mm
- Tali pinggang keselamatan
- Tangga
2.0 LANGKAH KESELAMATAN:
- Pastikan pakaian yang sesuai dan selamat digunakan.
- Pakai topi dan kasut keselamatan.
- Pastikan alatan kerja dalam keadaan baik dan selamat sebelum kerja dilakukan.
- Tahu menggunakan peralatan atau alat kerja dengan betul dan selamat.
- Periksa keadaan fizikal tangga supaya tidak mengalami keretakan atau pereputan.
- Pastikan keadaan kawasan tempat kerja dalam keadaan selamat ketika memulakan tugas.
3.0 LANGKAH KERJA:
- Sebelum melakukan kerja,periksa keadaan sekeliling dan pastikan berada dalam kedudukan baik
- Letakkan barang-barang yang hendak diguna ke satu tempat agar kerja senang dilakukan dan pantas.
- Sebelum menaiki tiang letakkan tangga dalam keadaan selesa dan selamat.
- Pakai tali pinggang keselamatan dalam keadaan selesa dan selamat serta mengambil barang-barang keperluan yang hendak dilakukan pada atas tiang
- Semasa berada di atas tiang, ikat tangga dan tali pinggang keselamatan ditiang dengan kemas.
- Tarik dan rentang talian ‘servis’ dengan tahap yang sesuai dan selamat.
- Ikat kabel ‘servis’ tersebut bersama-sama ‘mainline’ kabel dengan menggunakan ‘Insulated Piering Connector’ (IPC).
- Pastikan kabel yang diikat mestilah pada turutan yang betul supaya tidak mengalami kekurangan bekalan atau turutan fasa yang salah bagi pemasangan 3 fasa atau 1 fasa.
- Ikat kabel pada ‘dead end clamp’ dan disangkut pada penyangkut “j” pada tiang.
- ‘Clip’ kan kabel servis di dinding dengan keadaan kemas.
- Buat ‘jumper’ di ‘neutral link’ dan terminal ‘incoming cut – out.’
Rajah 1.0 Menaikkan dan merentang kabel servis
No comments:
Post a Comment