Tuesday 22 March 2011

Penyambungan (Fitting) Suis

Hasil Kerja : NUR FARAH FATIHAH BT.CHE ROSLI

No.Pendaftaran : A04STE08F053

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : IKAF ELEKTRIK SDN.BHD , SG.ROKAM , PERAK

 

1.0 Suis

Suis ialah suatu asset mekanikal yang memutuskan,membawa dan menyambung arus litar secara manual dalam keadaan normal.Suis yang digunakan di dalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal.Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang telah digunakan.Diantaranya seperti berikut:

a) Suis sehala.

b) Suis dua hala.

c) Suis perantaraan.

2.0 Struktur Binaan Suis

  • Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan daripada arus beban yang mengalir melaluinya.
  • Terdapat dua terminal atau lebih terminal (bergantung pada jenis suis) bagi punca sambungan antara pengalir bekalan dan beban.
  • Kendalian pemutus suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambungan dan putus cepat (quiet make and break) dan celah mikro.

3.0 Langkah Kerja Penyambungan (Fitting) Suis-Suis.

Lampu Pendaflour .

A) Cara-cara membuat penyambungan.

  • Pastikan penyambungan suis tidak mengalami apa-apa masalah. Pastikan penyambungan suis tidak ada kabel neutral.Pastikan semua kabel suis harus ada kabel hidup (life) dan kabel suis lampu.
  • Kabel hidup (life) mestilah dimasukkan ke tarminal yang bertanda C (common) dan kabel suis mesti dimasukkan ke tarminal yang bertanda (SI).Pastikan kabel diikat dengan skru yang ketat atau kuat supaya tidak mudah tercabut atau mengalami masalah disebaliknya.
  • Setelah selesai kerja penyambungan pada suis, lekatkan suis pada tapak base dengan menggunakan skru.

clip_image002[4]

Rajah 1.0 Menunjukkan pekerja sedang fitting suis.

4.0 Peraturan IEE Bagi Suis

  • Dipasang pada bekalan 2 dawai satu kutub daripada kutubnya berbumi,semua fius dan alat kawalan satu kutub mestilah disambung ke dawai hidup sahaja.
  • Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
  • Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut kecuali pengalir hidup suis hendaklah sependek-pendek yang boleh dan dihadangkan sekelilingnya.
  • Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakkan ditempat yang tidak mudah dicapai oleh penggunanya.

clip_image004[4]

Rajah 2.0 Contoh board suis.

No comments:

Post a Comment