Tuesday 22 March 2011

Memasukkan Bekalan Dan Pendawaian Yang Baru.

Hasil Kerja : MUHAMAD FAIRUS BIN ABD RANE

No.Pendaftaran : A04STE08F519

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : ELEKTRIK ASAHAN  , SUNGAI SIPUT (U), PERAK

 

A. Objektif projek:-

1. Kawasan Lapang sasar kawasan menembak polis (Kampar) ini adalah satu kawasan yang luas

2. Kawasan ini juga gelap kerana ketiadaan bekalan elektrik.

3. Mengelakkan kecurian atau pekara-pekara tidak diingini berlaku kerana pihak ELEKTRIK ASAHAN teleh dipertanggungjawabkan keatas perkara berkenaan.

En Aidy Hasriman telah melawat ke tempat yang dimaksudkan itu. Selepas itu mengarahkan pelatih membawa barang-barang ke Lapang sasar (Kampar)

B. Barang keperluan :

    1. Paip logam GI 2 batang

  1. Kabel 1.25mm,2.5mm,4mm dan 10mm
  1. Aksesori pendawaian
  1. Tangga
  1. 5 unit kipas
  1. 9 uniy lampu pendaflor
  1. 4 unit sportlight

  1. Paip PVC 1inci, 3 suku inci
  1. 1 batang Trunking
  1. Penjana

  1. Papan Meter KWJ

  1. Papan suis

C. Senarai Alatan :

1) Test Pen

2) Playar

3) Driil Batu

4) Pemutar skru Philips dan flett

5) Puller

6) Gergaji

7) Extention Wire

8) Kotak Alatan

9) Grender

10) Pita Pengukur

D. Proses kerja :-

1. Memasang klip U pada bahagian bawah siling tempat rehat.

2. Membuat penyambungan paip 3 suku inci di tempat rehat dan tandas.

3. Memotong jalan menggunakan drill batu, grander, dan pahat.

4. Memasang lampu pendaflor panjang 1 dan pendek 3, soket alur keluar 13 Amp 2, memasang suis 1 gang pada bahagian tandas.

5. Dan memasang peti meter KWJ ditepi bahagian dinding luar tandas.

6. Menarik kabel 4mm dari main board tandas terus ke suis board tempat rehat. Menarik kabel 1.25mm dan 2.5mm ditempat rehat.

7. Membuat laluan trunking kabel turun ke suis board.

8. Memasang 5 kipas, 9 lampu, 4 sportlight dan 4 soket 13Amp dan fitting.

9. Menutup cover trunking, dan mengikat paip GI menggunakn steelband untuk kekemasan.

10. Membuat fitting pada suis board dan main board.

11. Membuat pembumiaan, menanam cooperod dan chamber dan menyimin kembali tempat-tempat yang sudah ditebuk.

Rajah 1.0  Memotong jalan menggunakan pahat

clip_image002

Rajah 2.0  Fitting board

clip_image004

Membuat Sensing Probe

Hasil Kerja : MOHAMAD NOR SOFIAN BIN MOKHTAR

No.Pendaftaran : A04STE08F509

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : U.A.C BERHAD , 36 JALAN PORTLAND , TASIK INDUSTRIAL ESTATE , 31400 IPOH,PERAK DARUL RIDZUAN.

 

1.0 Pengenalan tentang Sensing Probe

image

 

Sensing relay ialah alat penderia yang peka pada cecair. Ianya telah dicipta untuk mengesan cecair yang sama ada untuk beroperasi atau tidak. Sensing relay ini juga sesalunya digunakan bagi tujuan mengelak daripada berlakunya pembaziran. Namum ianya mempunyai litar yang tersendiri untuk memberikan ia berfungsi iaitu dipanggil litar sensing probe. Penderia ini juga hanya menggunakan bekalan kuasa dari 230 Vac ke 5 Vdc.

 

 

Rajah 1.0 Gambarajah Sensing Relay

2.0 Senarai peralatan yang digunakan

i. Suis tekan buka (start button )

ii. Suis tekan tutup (stop button)

iii. Sensing relay

iv. Geganti

v. Soket

vi. Wayar

vii. Pemotong wayar (cutter)

viii. Label nombor

ix. Fius

3.0  Proses kendalian komponen

image

No 1 – Selarikan wayar dari no1 dan no 2

No2 – Dari bekalan kuasa

No3 – Bertindak sebagai sesentuh (nomarlly open). Soket disambung pada no 3.

No 4 – Betindak sebagai sesentuh (nomarlly close).                                                                                                              

   Rajah 2.0 Sensing relay

No 5 – Untuk tiang besi maksimum.

No 6 – Untuk tiang besi minimum.

No 7 – Untuk tiang besi bumi.bertindak sebagai ‘hold contact’ bagi kedua-dua besi

No 8, No 9, dan No 11 adalah sama fungsi seperti No1, No3 dan No4.

No11 – untuk wayar neutral

4.0 Proses kerja yang dilakukan

i. Membuat lubang pada kotak agihan untuk wayar bekalan, wayar ke batang besi sensing probe dan lubang untuk melekatkan soket.

ii. Soket digunakan untuk plug bagi pam air.

iii. Setiap komponen seperti suis tekan buka (start button), suis tekan buka (stop button switch), sensing relay, geganti dan dilekatkan ke dalam kotak panel.

iv. Membuat label nombor atau huruf pada wayar dan gambarajah litar. Ini dapat memudahkan kerja penyambungan wayar antara komponen.

v. Sambungkan wayar ke semua komponen. Sentiasa merujuk gambarajah yang telah dibuat supaya tidak melakukan kesilapan.

vi. Selepas membuat penyambungan, pastikan wayar disambung dengan betul (double check). Ini kerana jika terdapat kesilapan, litar tersebut tidak akan berfungsi.

vii. Kemaskan sambungan wayar tadi supaya ianya nampak kemas dan teratur.

viii. Litar itu tadi diuji sebelum dibawa ke water treament untuk kegunaannya.

ix. Potong tiga batang besi mengikut sukatan maximun, minimun dan bumi. Batang besi maksimum adalah lebih pendek dari batang besi minumum. Manakala batang besi untuk bumi pula adalah panjang sedikit dari batang besi minimum.

x. Batang besi itu tadi dibalut dengan getah mengikut panjang yang sesuai. Ini kerana hanya mengelakkan diri daripada terkena kejutan elektrik.

xi. Batang besi dan litar tadi dibawa ke tempat yang ingin digunakan. Masukkan ketiga-tiga batang tadi ke dalam bekas dan ikatkannya dengan pengikat yang sesuai.

xii. Sambungkan wayar ketiga-tiga batang besi tersebut dan sambungkan litar ke bekalan kuasa bersama soket.

 image

5.0  Proses kendalian litar sensing probe

 

 

Rajah 3.0 Gambarajah litar sensing probe

image

Rajah 4.0 Gambarajah Menunjukkan Tiang Besi Diletakkan Kedalam Air.yang telah dibuat

 

 

 

i. Apabila suis tekan tutup ditekan (start button), arus akan mengalir ke penyentuh relay (relay contactor). Penyentuh geganti (relay contactor) itu tadi akan teraruh dan sesentuh geganti (relay contact) akan memegang suis tekan tutup (start button).

 

ii. Seterusnya arus akan mengalir ke sensing relay. Jika air terkena batang besi maximum H, pam air akan mengepam air sehingga berada ditakat minimum L.

iii. Proses ini akan berlanjutan sehingga suis tekan buka tidak ditekan.

6.0  Komen dan cadangan

  • Komen

Pada pendapat saya, pembelajaran tentang ilmu membuat litar sensing probe ini adalah ilmu yang sangat bermakna. Kerjanya tidaklah begitu rumit, ianya mudah untuk di reka. Kerja ini tidak memerlukan banyak komponen. Ia juga boleh di komersialkan ke dunia luar. Bagi penyentuh pula, ianya adalah amat penting untuk dicuci, jika kita tidak mempuyai ilmu mencuci ini, ianya akan membahayakan diri senseorang itu. Mungkin akan menerima satu kejutan elektrik yang kuat.

  • Cadangan

Saya ingin mencadangkan agar litar ini disambungkan dengan lampu hijau ( runing) dan lampu merah (stoping) untuk mengetahui sama ada pum sedang berfungsi atau tidak berfungsi.

7.0 Kesimpulan

litar sensing probe banyak digunakan dikilang UAC Bhd. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk mempelajari ilmu ini dengan sepenuhnya kerana ilmu seperti ini tidak terdapat di tempat pengajian. Banyak lagi sensor-sensor sebegini yang terdapat di pasaran seperti suhu, haba dan sebagainya. Untuk bahagian mencuci penyentuh pula, ianya pening untuk dicuci kerana dapat memberikan arus mengalir dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Mencuci Penyentuh

Hasil Kerja : MOHAMAD NOR SOFIAN BIN MOKHTAR

No.Pendaftaran : A04STE08F509

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : U.A.C BERHAD , 36 JALAN PORTLAND , TASIK INDUSTRIAL ESTATE , 31400 IPOH,PERAK DARUL RIDZUAN.

 

1.0 Pengenalan Tentang Penyentuh

i. Penyentuh ialah suis yang dikendalikan secara automatik, iaitu sesentuh antara sesentuh tetap dan bergerak.

ii. Sesentuh didalam kontaktor dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang boleh dikawal kemagnetannya.

iii. Permukaan sesentuh pula berlaku apabila kemagnetan diluputkan, bila mana ketika sesentuh bergerak akan ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya

2.0 Komponen-Komponen Penyentuh

i. Sesentuh Utama [Main Contact]

Untuk mengendalikan beban utama.

ii. Sesentuh Pembantu

Sebagai litar kawalan dan berarus rendah, oleh itu sesentuhnya kecil dan bernombor besar.

Contoh:

13 14,21 22,31 32,43 48

iii. Gelung Kendalian [No Volt Release/No Volt Coil]

Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker [A1 MATURE] dan seterusnya bergerak [plunger] menjadikan sesentuh sedia buka akan tertutup dan sebaliknya.

iv. Teras Bergerak [Angker]

Bila magnet sementara yang tinggi kecekapan, ia bergerakan bersebelahan gelung kendalian menghasilkan daya tarikan magnet

v. Teras Tetap

Terdiri daripada [aminated] keluli teras akan menjadi elektromagnet setelah gelung kendalian mendapat bekalan dan seterusnya menarik teras bergerak.

vi. Spring Menolak

Spring menolak teras bergerak semasa gelung kendalian diluputkan dan seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.

vii. Bar Bersilang

Berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari, bertindak serentak semua sesentuh.

3.0 Prinsip Kefungsian penyentuh

i. Gelung boleh boleh berfunsi bagi bekalan 240V atau 415V, biasanya tercatit pada plat nama kontaktor dan gelung itu tersendiri.

ii. Sewaktu gelung kendalian mendapat bekalan, ia menghasilkan eloktromagnet pada teras tetap.

iii. Teras tetap akan menarik teras bergerak yang dipasang bar bersilang dan dengan ini sesentuh akan bertukar sedia buka menjadi tertutup (nomarlly open ke nomarlly close) dan sesentuh sedia tertutup menjadi terbuka (nomarlly close ke nomarlly open).

iv. Apabila bekalan gelung kendalian dilupuskan, mka tiada lagi daya tarikan menyebabkan spring menolak kembali bar yang terpasang sesentuh kepada kedudukan asal.

v. Saiz penyentuh bergantung pada saiz beban yang hendak digunakan.

vi. Sekiranya hendak membuat pembelian kontaktor, pastikan speksifikasi berikut hendaklah dinyatakan.

a. Jumlah sesentuh N/O dan N/C.

b. Kadar arus beban yang hendak digunakan.

c. Bekalan bagi gegelung kendalian samaada 240V,415V AC.

image 

4.0 Bahan-bahan yang digunakan

i. Pena ujian (testpen)

ii. Kertas pasir

iii. Pencuci sesentuh (contact cleaner)

5.0 Cara kendalian peralatan

  • Pena ujian (testpen)

Pena Ujian ini berbeza daripada pemutar skru biasa dari segi lampu neon akan menyala apabila tersentuh bahagian yang ada aliran elektrik. Sementara itu, ia juga terdapat penebat pada batang untuk keselamatan pengguna. Julat voltan yang boleh dikesan oleh Pena Ujian adaiah dari lOOv hingga 500v. Ia digunakan untuk mengesan kebocoran arus elektrik dan juga mengetat serta menanggalkan skru kecil. Kegunaannya adalah senang, iaitu menekan logam pada bahagian atas apabila hendak mengesan arus pada komponen-komponen elektrik.

6.0 Langkah-langkah kerja senggaraan penyentuh (kontaktor)

i. Sebelum memulakan kerja-kerja senggaraan penyentuh dilakukan, pastikan bekalan dalam keadaan terbuka (off)

ii. Penyentuh dibuka dan diletakan disatu tempat yang mudah untuk dicuci menggunakan srew driver.

iii. Kertas pasir dan pencuci sesentuh (contact cleaner) digunakan untuk

iv. mencuci sesentuh yang telah berminyak (spark).

v. Langkah kerja yang sama dibuat pada penyentuh yang lain.

vi. Setelah sesentuh dibersihkan, penyentuh dipasang semula.

image

Gambarajah penyentuh yang telah dibuka dan di cuci

Penyambungan (Fitting) Suis

Hasil Kerja : NUR FARAH FATIHAH BT.CHE ROSLI

No.Pendaftaran : A04STE08F053

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : IKAF ELEKTRIK SDN.BHD , SG.ROKAM , PERAK

 

1.0 Suis

Suis ialah suatu asset mekanikal yang memutuskan,membawa dan menyambung arus litar secara manual dalam keadaan normal.Suis yang digunakan di dalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal.Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang telah digunakan.Diantaranya seperti berikut:

a) Suis sehala.

b) Suis dua hala.

c) Suis perantaraan.

2.0 Struktur Binaan Suis

  • Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan daripada arus beban yang mengalir melaluinya.
  • Terdapat dua terminal atau lebih terminal (bergantung pada jenis suis) bagi punca sambungan antara pengalir bekalan dan beban.
  • Kendalian pemutus suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambungan dan putus cepat (quiet make and break) dan celah mikro.

3.0 Langkah Kerja Penyambungan (Fitting) Suis-Suis.

Lampu Pendaflour .

A) Cara-cara membuat penyambungan.

  • Pastikan penyambungan suis tidak mengalami apa-apa masalah. Pastikan penyambungan suis tidak ada kabel neutral.Pastikan semua kabel suis harus ada kabel hidup (life) dan kabel suis lampu.
  • Kabel hidup (life) mestilah dimasukkan ke tarminal yang bertanda C (common) dan kabel suis mesti dimasukkan ke tarminal yang bertanda (SI).Pastikan kabel diikat dengan skru yang ketat atau kuat supaya tidak mudah tercabut atau mengalami masalah disebaliknya.
  • Setelah selesai kerja penyambungan pada suis, lekatkan suis pada tapak base dengan menggunakan skru.

clip_image002[4]

Rajah 1.0 Menunjukkan pekerja sedang fitting suis.

4.0 Peraturan IEE Bagi Suis

  • Dipasang pada bekalan 2 dawai satu kutub daripada kutubnya berbumi,semua fius dan alat kawalan satu kutub mestilah disambung ke dawai hidup sahaja.
  • Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
  • Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut kecuali pengalir hidup suis hendaklah sependek-pendek yang boleh dan dihadangkan sekelilingnya.
  • Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakkan ditempat yang tidak mudah dicapai oleh penggunanya.

clip_image004[4]

Rajah 2.0 Contoh board suis.