Tuesday 22 March 2011

Mencuci Penyentuh

Hasil Kerja : MOHAMAD NOR SOFIAN BIN MOKHTAR

No.Pendaftaran : A04STE08F509

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : U.A.C BERHAD , 36 JALAN PORTLAND , TASIK INDUSTRIAL ESTATE , 31400 IPOH,PERAK DARUL RIDZUAN.

 

1.0 Pengenalan Tentang Penyentuh

i. Penyentuh ialah suis yang dikendalikan secara automatik, iaitu sesentuh antara sesentuh tetap dan bergerak.

ii. Sesentuh didalam kontaktor dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang boleh dikawal kemagnetannya.

iii. Permukaan sesentuh pula berlaku apabila kemagnetan diluputkan, bila mana ketika sesentuh bergerak akan ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya

2.0 Komponen-Komponen Penyentuh

i. Sesentuh Utama [Main Contact]

Untuk mengendalikan beban utama.

ii. Sesentuh Pembantu

Sebagai litar kawalan dan berarus rendah, oleh itu sesentuhnya kecil dan bernombor besar.

Contoh:

13 14,21 22,31 32,43 48

iii. Gelung Kendalian [No Volt Release/No Volt Coil]

Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker [A1 MATURE] dan seterusnya bergerak [plunger] menjadikan sesentuh sedia buka akan tertutup dan sebaliknya.

iv. Teras Bergerak [Angker]

Bila magnet sementara yang tinggi kecekapan, ia bergerakan bersebelahan gelung kendalian menghasilkan daya tarikan magnet

v. Teras Tetap

Terdiri daripada [aminated] keluli teras akan menjadi elektromagnet setelah gelung kendalian mendapat bekalan dan seterusnya menarik teras bergerak.

vi. Spring Menolak

Spring menolak teras bergerak semasa gelung kendalian diluputkan dan seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.

vii. Bar Bersilang

Berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari, bertindak serentak semua sesentuh.

3.0 Prinsip Kefungsian penyentuh

i. Gelung boleh boleh berfunsi bagi bekalan 240V atau 415V, biasanya tercatit pada plat nama kontaktor dan gelung itu tersendiri.

ii. Sewaktu gelung kendalian mendapat bekalan, ia menghasilkan eloktromagnet pada teras tetap.

iii. Teras tetap akan menarik teras bergerak yang dipasang bar bersilang dan dengan ini sesentuh akan bertukar sedia buka menjadi tertutup (nomarlly open ke nomarlly close) dan sesentuh sedia tertutup menjadi terbuka (nomarlly close ke nomarlly open).

iv. Apabila bekalan gelung kendalian dilupuskan, mka tiada lagi daya tarikan menyebabkan spring menolak kembali bar yang terpasang sesentuh kepada kedudukan asal.

v. Saiz penyentuh bergantung pada saiz beban yang hendak digunakan.

vi. Sekiranya hendak membuat pembelian kontaktor, pastikan speksifikasi berikut hendaklah dinyatakan.

a. Jumlah sesentuh N/O dan N/C.

b. Kadar arus beban yang hendak digunakan.

c. Bekalan bagi gegelung kendalian samaada 240V,415V AC.

image 

4.0 Bahan-bahan yang digunakan

i. Pena ujian (testpen)

ii. Kertas pasir

iii. Pencuci sesentuh (contact cleaner)

5.0 Cara kendalian peralatan

  • Pena ujian (testpen)

Pena Ujian ini berbeza daripada pemutar skru biasa dari segi lampu neon akan menyala apabila tersentuh bahagian yang ada aliran elektrik. Sementara itu, ia juga terdapat penebat pada batang untuk keselamatan pengguna. Julat voltan yang boleh dikesan oleh Pena Ujian adaiah dari lOOv hingga 500v. Ia digunakan untuk mengesan kebocoran arus elektrik dan juga mengetat serta menanggalkan skru kecil. Kegunaannya adalah senang, iaitu menekan logam pada bahagian atas apabila hendak mengesan arus pada komponen-komponen elektrik.

6.0 Langkah-langkah kerja senggaraan penyentuh (kontaktor)

i. Sebelum memulakan kerja-kerja senggaraan penyentuh dilakukan, pastikan bekalan dalam keadaan terbuka (off)

ii. Penyentuh dibuka dan diletakan disatu tempat yang mudah untuk dicuci menggunakan srew driver.

iii. Kertas pasir dan pencuci sesentuh (contact cleaner) digunakan untuk

iv. mencuci sesentuh yang telah berminyak (spark).

v. Langkah kerja yang sama dibuat pada penyentuh yang lain.

vi. Setelah sesentuh dibersihkan, penyentuh dipasang semula.

image

Gambarajah penyentuh yang telah dibuka dan di cuci

No comments:

Post a Comment