Saturday 22 January 2011

MEMBUAT PENDAWAIAN DI DALAM KONDUIT GI SECARA TERBENAM

Hasil Kerja : NUR NABILAH BINTI MOHD HASSAN

No.Pendaftaran : A04STE08F501

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : SYARIKAT IKAF LEKTRIK SDN.BHD , IPOH,PERAK

 

ALAMAT PROJEK : (PETRONAS) Taman Anda, Ipoh Perak.

TARIKH MULA :25 Januari 2010

TARIKH SIAP :20 Febuari 2010

A. Alatan kerja

  1. Pemutar skru
  1. Cutter plier
  1. Test pen
  1. Penimbang air
  1. Penukul pendawaian
  1. Drill
  1. Tangga

B. Bahan kerja

  1. Lampu kalimantang
  1. Lampu kecemasan
  1. Kipas syiling
  1. Suis soket
  1. Papan Utama
  1. Earthing chamber

  1. Copper rod

  1. Clamb

C. Langkah Kerja.

  1. Sediakan bahan kerja yang diperlukan.
  1. Buat garisan pada dinding dan lantai yang hendak di hacker
  1. Guna mesin pemotong untuk membuat laluan laluan tersebut mestilah sesuai mengikut saiz kondiut yang hendak di pasang.
  1. Semasa memotong konduit pastikan konduit,tidak rosak atau poyongan tidak kemas bagi mengelakkan pembaziran dan kerosakan pada kabel.
  1. Bersihkan bahagian dalam kondiut yang telah di potong.

D. Pendawaian

Setelah siap proses menyalurkan konduit,kerja kerja pendawaian perlulah dilakukan.Ketika ini penarik wayar amat penting bagi memudahkan lagi kerja kerja menarik wayar.

E. Alatan kerja

  1. Kabel 1.5mm,2.5mm,4mm,6mm,16mm (satu set)
  1. GI kondiut (1inci dan 3 suku)
  1. Throw box,T box,Cross box (1inci dan 3suku)
  1. Saddle

  1. Soket kondiut
  1. Reduser

  1. Copper bus

F. Peraturan IEE (kondiut)

  1. Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih satu litar akhir .Setiap litar akhir itu mestilah di sambung kepada fius atau pemutus litar yang bersaingan dalam peti fius agihan.
  1. Pendawaian bagi setiap akhir mestilah diasingkan daripada litar kecil yang lain bagi memudahkan tujuan pemeriksaan ,pengaliran neutral hendaklah disambung di dalam kotak agihan
  1. Hujung konduit yang tajam mestilah di bersihkan
  1. Penggunaan alat kelengkapan jenis pepejal mestilah mengikut keadaan berikut
  1. Ditempatkan di hujung konduit,bagi punca lampu,kotak keluaran atau kelengkapan jenis boleh periksa.
  1. Satu sesiku pepejal ditempatkan tidak melebihi 500mm daripada kotak keluaran konduit yang tidak melebihi 10M larian antara 2 point berserta dengan selekoh tambahan yang tidak melebihi daripada satu sudut tepat
  1. Konduit jenis logam mestilah dibumikan
  1. Konduit elektrik mestilah di cat warna oren sebagai tanda pengenalan bagi membezakan dengan konduit konduit lain.
  1. Semua kondiut mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel.

G. Sistem pendawaian conduit

  1. Ia merupakan satu sistem pendawaian yang menggunakan konduit dan di pasangkan pada permukaan atau tersembunyi dengan menyalurkan kabel didalamnya.

  1. Di gunakan di kilang-kilang,bengkel,tempat menyimpan senjata api,makmal dan sebagainya,di mana kerosakan mekanikal di tempat tersebut adalah terlalu tinggi

H. Ciri- ciri pemilihan

  1. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak.
  1. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
  1. Memerlukan penambahan litar pada masa akan dating
  1. Bekalan voltan 1fasa dan 3 fasa.

I. Langkah-langkah mengelakkan kerosakan pada kabel.

  1. Kondiut hendaklah ditegakkan sepenuhya dan di pasang dalam kedudukanya sebelum dawai di tarik ke dalam.
  1. Semua hujung tiub hendaklah di nyah gerigis

J. Kebaikanya

  1. Kabel terjamin dari kerosakan mekanikal
  1. Mudah memasang dan menukar ganti yang baru
  1. Menghasilkan sambungan bumi yang baik

K. Keburukkanya.

  1. Harga mahal
  1. Memerlukan masa yang lama untuk menyiapkanya.
  1. Memerlukan alatan yang khas serta pekerja yang mahir untuk membuatnya.

L. Penebat dan Pengalir

  • Pengalir

  1. Ialah bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya .La mempunyai bilangan elektron bebas yang banyak ,oleh kerana itu rintanganya adalah rendah.
  1. Fungsi utama pengalir ialah untuk membawa arus elektrik dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  1. Bahan yang menjadi pengalir ini mungkin gas,cecair atau pepejal,walau bagaimanapun hanya pengalir dari jenis pepejal yang digunakan dalam komponen kabel iaitu logam yang terdapat dalam kabel itu.
  • Penebat

  1. Ialah bahan yang tidak membenarkan arus mengalir melaluinya kerana ia tidak mempunyai electron bebas.
  1. Penebat berfungsi sebagai pengawal tenaga elektrik supaya berada dalam lingkaran pengalir sahaja

M. Perisai

Ialah satu bentuk perlindungan mekanik bagi sesuatu kabel bertujuan untik melindungi kabel daripada tercacat akibat bahaya bahaya mekanik seperti kena himpit,kena langgar,bergesel atau memecahkan kabel.

N. Kabel

  1. Ialah pengalir yang berpenebat
  1. Kabel dibuat dalam berbagai bentuk,jenis,dan saiz untuk disesuaikan mengikut penggunaanya yang tertentu.
  1. Kabel di namakan mengikut jenis penebat,pengalir dan perlindungan mekanikal yang digunakanya.

O. Alatan tangan

I. Flat/Philips screw

II. Combination plier

III. Hand drill

IV. Cable puller

V. Screw dan paku

VI. Drill change

VII. Black tape

VIII. Clip saddle

P. Keselamatan.

I. Sebelum membuat kerja-kerja di kawasan operasi,kita hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut tempat kerja.

II. Kita hendaklah memakai topi keselamatan,kasut yang sesuai mengikut peraturan di tempat kerja.

Q. Langkah Kerja

I. Sediakan segala alatan kerja yang di perlukan

II. Baca pelan yang disediakan dan membuat kerja seperti yang di arahkan

III. Kerja memasang PVC kondiut,hanya di lakukan apabila ada tiang dan kayu siap di pasang

IV. Kerja membengkok kondiut dilakukan mengikut kesesuaian tempat kerja seperti membuat off set,90,45 dan sebagainya

V. Kerja kerja dilakukan dengan menggunakan spring

VI. Setelah siap kerja- kerja pendawaian,maka kerja kerja menarik kabel boleh di lakukan

VII. Operasi menarik kabel dimulakan pada point dahulu dan balik kearah D/B

VIII. Kabel puller di perlukan bagi memudahkan kerja menarik kabel

IX. Mana-mana bahagian yang perlu di tebuk atau di hammer akan menggunakan drill/hammer drill

X. Setelah siap kerja menarik kabel,maka kerja fitting boleh dilakukan

XI. Kerja-kerja ini melibatkan proses pemasangan soket out let,pencahayaan,kuasa dan sebagainya

XII. Sebelum fitting,aksesori di lakukan langkah pengujian di lakukan seperti ujian kekeutuban, keterusan, keselanjaran pengalir bumi dan sebagainya.

R. Ujian penebatan

Untuk memastikan bahawa pada penebatan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku kebocoran atau litar pintas

S. Ujian Penebatan Antara Pengalir

I. Untuk menguji ketahanan rintangan penebat antara pengalir yang membawa arus.

II. Juga bertujuan untuk menguji rintangan ke punca atas bahagian luaran suiz utama

III. Bacaan yang diperoleh daripada meter penguji tidak kurang daripada 1 mega ohm.Jika kurang bermakna penebat pengalir itu tidak sempurna.

IV. Alat-alat atau beban yang di tinggalkan dalam ujian tadi perlulah dilakukan ujian penebatan antara pengalir secara berasingan dimana kedua dua punca kabel tersebut dan bacaan yang diperolehi hendaklah tidak kurang daripada 0.5 mega ohm,jika kurang alat itu akan mengakibatkan litar pintas,alat pengujian yang digunakan adalah ujian penebatan

T. Ujian Penebatan Antara Pengalir Dan Bumi

I. Ujian ini dijalankan untuk mengetahui penebatan antara pengalir dengan bumi tiada kebocoran apabila di beri bekalan.

II. Jika ujian ini tidak dilakukan pada pemasangan pengguna akan menerima padahnya ,lebih lebih lagi jika tidak beroperasi.

III. Pengguna yang terpegang alat rangka alat elektrik yang diperbuat daripada logam akan akan mendapat renjatan elektrik.

IV. Selain daripada itu,arus bocor boleh menyebabkan kebakaran,bagi menjalankan ujian ini semua beban hendaklah ditanggalkan atau dimatikan suisnya.

V. Bacaan yang diperolehi tidak kurang daripada 1 mega ohm,begitu juga bagi beban yang ditinggalkan bacaan yang diperolehi mestilah tidak kurang 0.5 mega ohm

U. Konduit Mudah Lentur

  1. Merupakan tiub yang di bentuk dengan strip (jalur) logam @ p.v.c
  1. Digunakan di tempat yang terdapat gegaran contohnya penyambungan ke motor elektrik dan sebagainya.
  • Penyambungan
  1. Sesama jenis
  1. Dengan menggunakan konduit tolok berat
  1. Dengan menggunakan kekotak penyambung atau aksesori yang lain.

  • Kebaikannya

  1. Pemasangan cepat,tiada bengkokan dan bebenang
  1. Senang di gayakan mengikut bentuk yang di kehendaki
  • Keburukannya

  1. Tidak boleh memberi perlindungan mekanik yang baik
  1. Tidak boleh digunakan untuk pemasangan yang jauh.

  • Peraturan IEE

  1. Bila menggunakan konduit mudah lentur,mestilah diadakan pengalir keterusan bumi tambahan.Konduit ini tidak boleh digunakan sebagai pengalir keterusan bumi tunggal.
  1. Dimana atau jika perlu konduit mudah lentur mestilah di sokong atau dilindungi.
  1. Dalam masa penyediaan konduit jenis ini,lebihan mesti diadakan lebihan bagi mengelakkan konduit dari rosak.

V. Konduit Bukan Logam

  1. Diperbuat daripada PVC
  1. Hanya digunakan ditempat yang bersuhu rendah.
  1. Tujuan utama konduit ini digunakan ialah untuk mengelakkan kakisan atau kebocoran arus elektrik.
  • jenis
  1. Lentur
  2. Boleh lentur

No comments:

Post a Comment