Saturday 22 January 2011

Memasang Tiang Lampu

Hasil Kerja : MOHAMED AZRIE BIN AZIZ

No.Pendaftaran : A04STE08F505

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : TENAGA NASIONAL BERHAD , IPOH , PERAK

 

Peralatan Tangan

  1. Tukul besar
  1. Playar gabung
  1. Playar muncung tirus
  1. Pemotong
  1. Test pen
  1. Gergaji besi
  1. Gergaji tangan mini
  1. Philip skru driver
  1. Tangga
  1. Cangkul
  1. Scop
  1. Pencebak
  1. Gerudi tangan elektrik
  1. Hakker
  1. Pita pengukur

Bahan-Bahan Dan Aksesori

  1. Pita pembalut
  1. Kabel 2.5mm
  1. Simen
  1. Pasir
  1. Penyambung Neutral
  1. Fius 16Amp
  1. Papan
  1. Batu bata
  1. Cable lug

Langkah Kerja

  1. Alatan yang digunakan adalah cangkul,skop dan penggali.
  1. Mula kerja dengan membuat menanda jarak tiang dan kedudukannya dengan menggunakan pita pengukur.
  1. Setelah selesai kerja-kerja pengukuran,barulah kerja-kerja mengali dijalankan. Kerja mengali tanah perlulah berhati-hati.

    4.  Ini kerana, jika semasa mengali kadang-kadang terdapat tanda kabel underground dibawah.

   5. Selain daripada kabel elektrik,kabel daripada pihak tenaga lain juga menggunakan sistem talian bawah tanah seperti telekom.

   6. Setelah selesai membuat larian kabel, barulah pemasangan Feeder Pillar dijalankan.

   7. Perkara utama untuk memasang Feeder Pillar ialah membuat tapak bagi Feedar Pillar.Tujuan membuat tapak adalah untuk menstabilkan Feeder Pillar.

   8. Selesai sahaja membuat tapak, Feeder Pillar akan diletakkan diatas tapak dan menguncinya dengan menggunakan nut supaya tidak terbalik.

   9. Kerja-kerja menggali dijalankan untuk memasukkan kabel bekalan dari Feeder Pillar ke poin-poin lampu.

  10. Kerja-kerja pengukuran tapak:

       a) Sebelum melakukan sebarang kerja, kerja pengukuran dilakukan dahulu

       b) Ukuran yang dilakukan berdasarkan gambar pada projek yang disediakan.

       c) Setiap tempat atau kawasan yang diukur haruslah ditandakan dengan sebarang penanda samaada kayu atau batu bata supaya kerja penggalian

          mudah dijalankan.

       d) Setiap ukuran perlulah dicatatkan supaya mudah untuk kerja-kerja pemotongan kabel.

11. Penarikan kabel bawah tanah:

      a) Kedalaman laluan kabel bawah tanah adalah 3 kaki dan lebarnya 1 kaki sahaja.

      b) Setelah selesai menggali,barulah kerja-kerja penarikan kabel dilakukan.

      c) Kerja penarikan kabel mestilah dilakukan dengan berhati-hati supaya kabel tidak terluka atau tersimpul.

12. Setelah selesai, barulah kerja-kerja penanaman kabel dijalankan.

13. Setelah selesai penanaman kabel, barulah kerja pendawaian tiang lampu dijalankan.

14. Sebelum tiang-tiang ditanam,kerja penarikan kabel 2.5mm dilakukan serta kerja pemasangan pada tiang lampu dijalankan.

15. Bagi kerja-kerja mendirikan tiang lampu, jentolak JBC digunakan.

16. Langkah seterusnya adalah membetulkan kedudukan tiang lampu sekaligus memasukkan kabel underground ke dalam lubang tiang.

17. Seterusnya,membuat pendawaian tray didalam lampu. Penggunaan papan tray untuk melengkapkan penyabung neutral dan juga MCB.

18. Barulah kerja-kerja pemasangan pada lampu dijalankan dan pastikan kabel earth diikat pada tiang lampu agar keselamatan terjamin.

19. Setelah semua selesai,barulah pengujian dapat dijalankan.

     a) Keterusan

     b) Kekutuban

     c) Penebat

     d) Arus bocor kebumi

1 comment:

  1. Salam. Saya nak tanya berkenaan dengan cara pemasangan tiang lampu spotlight, kos barang dan jika ada kos pemasangan lampu.

    ReplyDelete