Thursday 22 July 2010

MENARIK KABEL SERVIS

Hasil Kerja : MOHD ZUNNURAIN BIN ARIFFIN

No.Pendaftaran : A04STE08F003

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : PENGURUS CAWANGAN ULU KINTA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TENAGA NASIONAL BERHAD JALAN BESAR ULU KINTA 31250 TANJUNG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN

1.0 PERALATAN:

  • Insulated Piercing Connector (IPC)
  • Dead end clamp 25mm
  • Kabel clip 18mm
  • Tali pinggang keselamatan
  • Tangga

2.0 LANGKAH KESELAMATAN:

  • Pastikan pakaian yang sesuai dan selamat digunakan.
  • Pakai topi dan kasut keselamatan.
  • Pastikan alatan kerja dalam keadaan baik dan selamat sebelum kerja dilakukan.
  • Tahu menggunakan peralatan atau alat kerja dengan betul dan selamat.
  • Periksa keadaan fizikal tangga supaya tidak mengalami keretakan atau pereputan.
  • Pastikan keadaan kawasan tempat kerja dalam keadaan selamat ketika memulakan tugas.

3.0 LANGKAH KERJA:

  • Sebelum melakukan kerja,periksa keadaan sekeliling dan pastikan berada dalam kedudukan baik
  • Letakkan barang-barang yang hendak diguna ke satu tempat agar kerja senang dilakukan dan pantas.
  • Sebelum menaiki tiang letakkan tangga dalam keadaan selesa dan selamat.
  • Pakai tali pinggang keselamatan dalam keadaan selesa dan selamat serta mengambil barang-barang keperluan yang hendak dilakukan pada atas tiang
  • Semasa berada di atas tiang, ikat tangga dan tali pinggang keselamatan ditiang dengan kemas.
  • Tarik dan rentang talian ‘servis’ dengan tahap yang sesuai dan selamat.
  • Ikat kabel ‘servis’ tersebut bersama-sama ‘mainline’ kabel dengan menggunakan ‘Insulated Piering Connector’ (IPC).
  • Pastikan kabel yang diikat mestilah pada turutan yang betul supaya tidak mengalami kekurangan bekalan atau turutan fasa yang salah bagi pemasangan 3 fasa atau 1 fasa.
  • Ikat kabel pada ‘dead end clamp’ dan disangkut pada penyangkut “j” pada tiang.
  • ‘Clip’ kan kabel servis di dinding dengan keadaan kemas.
  • Buat ‘jumper’ di ‘neutral link’ dan terminal ‘incoming cut – out.’

clip_image002

Rajah 1.0  Menaikkan dan merentang kabel servis

No comments:

Post a Comment