Showing posts with label kotak fius agihan. Show all posts
Showing posts with label kotak fius agihan. Show all posts

Sunday, 22 May 2011

Memasang Papan Fius Agihan 1 Fasa

Hasil Kerja : NADHIRAH FAZLEEN BINTI AUZAIRY

No.Pendaftaran : A04STE08F523

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : KEJURUTERAAN ELEKTRIK USAHAMAJU SDN BHD , IPOH, PERAK

 

A. Lokasi: Taman Tekkah Permai, Taiping

 

B. Peralatan:

 

i. Kotak DB

ii. Suis utama

iii. ELCB

iv. MCB

v. Plat tembaga

vi. Kabel main 16 mm

vii. Test pen

viii. Cutter

ix. Pemutar skru

x. Skru 2 inci

xi. Playar

xii. Simen

xiii. Spoon simen

 

C. Langkah Kerja:

 

1. Menyediakan bahan dan peralatan yang diperlukan terlebih dahulu untuk projek ini, dan peralatan yang hendak digunakan adalah seperti yang berada di ruangan senarai peralatan.

2. Mula –mula, skrukan tapak PFA 1 fasa pada tempatnya, sebelum meletakkan tapak PFA, tapak PFA perlulah di tanda pada 2 bahagian dengan mengunakan pensil, kemudian drillkan pada bahagian yang sudah di tanda tadi, skrukan tapak PFA dengan menggunakan skru sepanjang 2 inci.

3. Kemudian kabel neutral dan kabel earth perlulah dikemaskan dengan memulaskan pengalirnya dengan playar dan loopkan kabel neutral dan earth pada neutral bar dan earth bar.

4. Letakkan suis utama, ELCB, MCB pada tempatnya dan ketatkan skrunya.

5. Masukkan kabel life dan kabel neutral dari punca bekalan dari meter pada suis utama, kabel life untuk incoming, dan kabel neutral untuk neutral dengan tanda N pada suis utama.

6. Loppingkan kabel life untuk outcoming dan kabel neutral keluaran suis utama pada ELCB, keluaran ELCB Untuk kabel life akan dimasukkan pada MCB dan kabel neutral akan diletakkan Pada neutral bar, ketatkan skru pada suis utama dan ELCB.

7. Loopingkan diantara MCB dengan MCB yang lain dengan menggunakan plat tembaga, skrukan kembali pada bahagian bawah MCB supaya memastikan plat tembaga tidak terkeluar.

8. Masukkan kabel life dari lampu dan soket alur keluar (SAK) pada MCB, kabel yang bersaiz 1.5 mm untuk lampu dan kabel yang bersaiz 2.5 mm untuk soket alur keluar (SAK), ketatkan skru pada MCB.

9. Akhir sekali ketatkan semua skru yang ada, kemudian jika ada bahagian dibawah PFA yang mempunyai lubang, ia perlulah di simen kembali, bagi memastikan PFA kelihatan kemas dan cantik.

10. Pasang kembali penutup PFA tersebut.

11. MCB 6 AMP untuk bell (loceng).

12. MCB 10 AMP untuk lampu.

13. MCB 16 AMP untuk soket alur keluar.

14. MCB 20 AMP untuk penyaman udara, pemanas air.

15. Suis utama menggunakan 32 AMP.

16. ELCB menggunakan 40 AMP.

 

D.  Gambar rajah kerja tugasan:

 

clip_image002[4]

Rajah 1.0  Sebelum pemasangan PFA 1 fasa di lakukan

clip_image004

Rajah 2.0  Memasang tapak PFA

clip_image006

Rajah 3.0 Memasang suis utama, ELCB, dan MCB pada tempatnya

clip_image008Rajah 4.0  Kabel life dan neutral untuk suis utama dan ELCB sudah dipasang.

clip_image010

Rajah 5.0  Memasukkan kabel life untuk lampu dan soket alu Keluar (SAK) pada MCB.

clip_image012Rajah 6.0  Memasang plat tembaga pada bawah bahagian MCB.

clip_image014Rajah 7.0  Memasang penutup PFA, dan ketatkan skrunya.

clip_image016

Rajah 8.0  Lubang di bawah PFA sudah di simen kembali.

clip_image018

Rajah 9.0 Gambar PFA yang lengkap dan sudah siap sepenuhnya.

clip_image020

Rajah 10.0  Gambar rajah litar pendawaian papan fuis agihan (PFA)

Friday, 22 April 2011

Kotak Fius Agihan Fasa Tunggal

Hasil Kerja : MURALITHIRAN A/L KATIGASU

No.Pendaftaran : A04STE08F513

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : LBL ELECTRICAL ENGINEERING , NO, 20 Jalan Bunga Raya 5 ,Taman Boon Bak , 31650 Ipoh , Perak

 

1.0 Tugasan : Memasang kotak agihan fasa tunggal

 

2.0 Alatan :

 

I. Test pen

II. Skru driver jenis mata rata dan jenis skru

III. Skru secukupnya

 

3.0 Bahan - Bahan :

 

I. Fius utama

II. ELCB

III. MCB 6A (bell)10A,(lampu,kipas) ,15A(soket),20A(pemanas air 32A ( penghawa dingin )

IV. Copper link

V. Kotak agihan.

 

4.0  Langkah - Langkah:

 

i. Ukur ketepatan kotak agihan pada tempat yang hendak dipasang .

ii. Ketatkan skru pada kotak agihan.

iii. Masukkan fuis utama.

iv. Seterusnya,Elcb 40 A dan Mcb mengikut kegunaan.

v. Sambungan neutral pada Bar neutral.

vi. Sambungan bumi pada busbar bumi.

vii. Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live,neutral dan bumi.

 

image image