Hasil Kerja : MOHAMAD NOR SOFIAN BIN MOKHTAR
No.Pendaftaran : A04STE08F509
Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS
Firma Latihan Industri : U.A.C BERHAD , 36 JALAN PORTLAND , TASIK INDUSTRIAL ESTATE , 31400 IPOH,PERAK DARUL RIDZUAN.
1.0 Pengenalan tentang Sensing Probe
Sensing relay ialah alat penderia yang peka pada cecair. Ianya telah dicipta untuk mengesan cecair yang sama ada untuk beroperasi atau tidak. Sensing relay ini juga sesalunya digunakan bagi tujuan mengelak daripada berlakunya pembaziran. Namum ianya mempunyai litar yang tersendiri untuk memberikan ia berfungsi iaitu dipanggil litar sensing probe. Penderia ini juga hanya menggunakan bekalan kuasa dari 230 Vac ke 5 Vdc.
Rajah 1.0 Gambarajah Sensing Relay
2.0 Senarai peralatan yang digunakan
i. Suis tekan buka (start button )
ii. Suis tekan tutup (stop button)
iii. Sensing relay
iv. Geganti
v. Soket
vi. Wayar
vii. Pemotong wayar (cutter)
viii. Label nombor
ix. Fius
3.0 Proses kendalian komponen
No 1 – Selarikan wayar dari no1 dan no 2
No2 – Dari bekalan kuasa
No3 – Bertindak sebagai sesentuh (nomarlly open). Soket disambung pada no 3.
No 4 – Betindak sebagai sesentuh (nomarlly close).
Rajah 2.0 Sensing relay
No 5 – Untuk tiang besi maksimum.
No 6 – Untuk tiang besi minimum.
No 7 – Untuk tiang besi bumi.bertindak sebagai ‘hold contact’ bagi kedua-dua besi
No 8, No 9, dan No 11 adalah sama fungsi seperti No1, No3 dan No4.
No11 – untuk wayar neutral
4.0 Proses kerja yang dilakukan
i. Membuat lubang pada kotak agihan untuk wayar bekalan, wayar ke batang besi sensing probe dan lubang untuk melekatkan soket.
ii. Soket digunakan untuk plug bagi pam air.
iii. Setiap komponen seperti suis tekan buka (start button), suis tekan buka (stop button switch), sensing relay, geganti dan dilekatkan ke dalam kotak panel.
iv. Membuat label nombor atau huruf pada wayar dan gambarajah litar. Ini dapat memudahkan kerja penyambungan wayar antara komponen.
v. Sambungkan wayar ke semua komponen. Sentiasa merujuk gambarajah yang telah dibuat supaya tidak melakukan kesilapan.
vi. Selepas membuat penyambungan, pastikan wayar disambung dengan betul (double check). Ini kerana jika terdapat kesilapan, litar tersebut tidak akan berfungsi.
vii. Kemaskan sambungan wayar tadi supaya ianya nampak kemas dan teratur.
viii. Litar itu tadi diuji sebelum dibawa ke water treament untuk kegunaannya.
ix. Potong tiga batang besi mengikut sukatan maximun, minimun dan bumi. Batang besi maksimum adalah lebih pendek dari batang besi minumum. Manakala batang besi untuk bumi pula adalah panjang sedikit dari batang besi minimum.
x. Batang besi itu tadi dibalut dengan getah mengikut panjang yang sesuai. Ini kerana hanya mengelakkan diri daripada terkena kejutan elektrik.
xi. Batang besi dan litar tadi dibawa ke tempat yang ingin digunakan. Masukkan ketiga-tiga batang tadi ke dalam bekas dan ikatkannya dengan pengikat yang sesuai.
xii. Sambungkan wayar ketiga-tiga batang besi tersebut dan sambungkan litar ke bekalan kuasa bersama soket.
5.0 Proses kendalian litar sensing probe
Rajah 3.0 Gambarajah litar sensing probe
Rajah 4.0 Gambarajah Menunjukkan Tiang Besi Diletakkan Kedalam Air.yang telah dibuat
i. Apabila suis tekan tutup ditekan (start button), arus akan mengalir ke penyentuh relay (relay contactor). Penyentuh geganti (relay contactor) itu tadi akan teraruh dan sesentuh geganti (relay contact) akan memegang suis tekan tutup (start button).
ii. Seterusnya arus akan mengalir ke sensing relay. Jika air terkena batang besi maximum H, pam air akan mengepam air sehingga berada ditakat minimum L.
iii. Proses ini akan berlanjutan sehingga suis tekan buka tidak ditekan.
6.0 Komen dan cadangan
Pada pendapat saya, pembelajaran tentang ilmu membuat litar sensing probe ini adalah ilmu yang sangat bermakna. Kerjanya tidaklah begitu rumit, ianya mudah untuk di reka. Kerja ini tidak memerlukan banyak komponen. Ia juga boleh di komersialkan ke dunia luar. Bagi penyentuh pula, ianya adalah amat penting untuk dicuci, jika kita tidak mempuyai ilmu mencuci ini, ianya akan membahayakan diri senseorang itu. Mungkin akan menerima satu kejutan elektrik yang kuat.
Saya ingin mencadangkan agar litar ini disambungkan dengan lampu hijau ( runing) dan lampu merah (stoping) untuk mengetahui sama ada pum sedang berfungsi atau tidak berfungsi.
7.0 Kesimpulan
litar sensing probe banyak digunakan dikilang UAC Bhd. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk mempelajari ilmu ini dengan sepenuhnya kerana ilmu seperti ini tidak terdapat di tempat pengajian. Banyak lagi sensor-sensor sebegini yang terdapat di pasaran seperti suhu, haba dan sebagainya. Untuk bahagian mencuci penyentuh pula, ianya pening untuk dicuci kerana dapat memberikan arus mengalir dengan lancar tanpa sebarang gangguan.