Tuesday 22 February 2011

Sistem Pendawaian Sesalur Tranking

Hasil Kerja : NUR FARAH FATIHAH BT.CHE ROSLI

No.Pendaftaran : A04STE08F053

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : IKAF ELEKTRIK SDN.BHD , SG.ROKAM , PERAK

 

Tranking adalah satu sistem pendawaian dimana sistem sesalur dipasang biasanya berbentuk empat segi untuk menyediakan laluan-laluan kabel di dalamnya.Tranking boleh dibuka dan boleh ditutup penutupnya apabila kerja-kerja penyenggaraan hendak dilakukan.Ianya biasa digunakan untuk laluan kabel yang banyak atau lebih besar yang tidak boleh dimasukkan kedalam konduit.Saiz tranking boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz bermula dari 38mm x 38mm hingga 150mm dan panjangnya 2-4 meter.

clip_image002

Rajah 1.0 menunjukkan tranking yang telah siap ditutup.

1.0 Jenis-Jenis Tranking.

Didalam sistem pendawaian tranking terbahagi kepada dua jenis yang biasa digunakan iaitu:

i. Tranking keluli

ii. Tranking PVC.

A. Sesalur Keluli.

Tranking jenis ini diperbuat dari bahan logam yang disalut dengan cat “enommeneo zink”.Pada penutupnya disediakan lubang skru pada jarak yang tetentu.Kegunaan lubang tersebut adalah untuk memegang penutup tersebut.

B. Sesalur PVC.

Bentuknya sama dengan tranking keluli tetapi ianya diperbuat daripada polivincial chloride (PVC) .Tranking jenis ini biasa digunakan pada tempat yang mudah dihinggapi kulat atau berkarat seperti pada banggunan yang berdekatan dangan pantai.Cara memasangnya hamper sama dengan tranking keluli Cuma skru untuk melekatkan pada permukaan dilapik dengan washer supaya tidak mudah tercabut.Penutupnya tidak diskru,ia mempunyai klip yang tersendiri yang dipasang di bahagian dalam tranking.

2.0  Jenis-Jenis Sistem Pemasangan Tranking.

A) Sistem Tranking Biasa.

Sistem ini hanya menggunakan satu saluran tranking sahaja.Ianya digunakan untuk melarikan kabel yang terdiri dari kadaran voltan yang sama nilainya.

B) Sistem Pendawaian Tranking Pelbagai.

Sistem pendawaian jenis ini menggunakan banyak petak.Ianya digunakan pada pemasangan yang mempunyai sistem voltan yang berbeza.

C) Sistem Pendawaian Metal Busbar Tranking.

Sistem ini tidak mempunyai kabel di dalam tranking.Kabel digantikan dengan pengalir berbentuk busbar yang diperbuat daripada tembaga dan aluminium.Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu:

i. Sistem pendawaian busbar tranking atas.

ii. Sistem pendawaian tranking memanjat.

D) Sistem Pendawaian Busbar Tranking Atas.

Sistem ini ditempatkan pada kedudukan mendatar pada ruang atas.Biasanya sistem jenis ini mempunyai ruang untuk laluan kabel bagi sistem pendawaian salur.Sistem ini biasanya diletakkan bersesuaian dengan point lampu dan lain-lain.Sistem ini juga memerlukan bantuan sistem pendawaian kain seperti konduit.

clip_image004

Rajah 2.0 Menunjukkan sistem busbar tranking atas.

3.0  Kebaikan.

i. Dapat membawa kabel dalam jumlah banyak.

ii. Tambahan,perubahan dan petukaran litar mudah.

iii. Perlindungan mekanikal baik.

iv. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca atau suhu.

4.0  Keburukan.

i. Sukar dibawa.

ii. Memerlukan pekerja yang mahir.

iii. Kos yang tinggi.

iv. Tidak kelihatan kemas.

5.0  Sistem Busbar Tranking Memanjat.

Sistem ini hanya digunakan pada keadaan memanjat sahaja.Ia biasanya digunakan

pada rumah yang bertingkat dan banggunan yang tinggi sebagai bekalan masuk kesetiap tingkat.Kadar kemampuan arus sistem ini ahíla Kira-kira 300A.Apabila tranking ini dilalukan melalui lapisan lantai disetiap tingkat, ia mestilah diadangkan diantaranya dengan bahan tahan kebakaran.

clip_image006

Rajah 3.0 Menunjukkan sistem tranking memanjat.

6.0 Peralatan Tangan

i. Hammer besar.

ii. Hammer wiring.

iii. Playar gabung.

iv. Playar muncung tirus.

v. Test pen.

vi. Cuttle.

vii. Mini hand saw

viii. Philip skru driver.

ix. Flat skru driver.

x. Tangga.

xi. Gerudi tangan elektrik (handdrill).

xii. Pita pengukur.

xiii. Gunting tranking.

xiv. Gergaji besi

xv. Sesiku L

7.0 Bahan-Bahan Dan Aksesori

i. Tranking 38mm x 38mm.

ii. Konduit G.I 1 inci dan ¾ inci.

iii. Penyambung tranking.

iv. Penyambung konduit.

v. Male buch.

vi. Kotak fius agihan.

vii. Kabel 2.5mm PVC merah,kuning,biru,hitam dan hijau.

viii. Kabel 4mm PVC merah,kuning,biru,hitam dan hijau.

ix. Kabel 25mm PVC hitam.

x. Kabel lug.

xi. Tee box.

xii. Through box.

8.0 Langkah Kerja

A) Ukuran Dan Bentukan Sesalur.

1. Setelah semua ukuran diambil berdasarkan pelan tranking dipotong dan dibentuk mengikut ukuran dan bahagian.

2. Ukuran diambil menggunakan pita pengukur dan kemudian dibuat tanda mengikut penanda.

3. Untuk garisan yang ditanda dengan tepat sesiku L digunakan.

B) Melekatkan Sesalur Pada Dinding.

  1. Penebuk lubang (handdrill) digunakan untuk menebuk lubang bagi tujuan menanam wallplug kedalam dinding yang berfungsi sebagai penyendal skru semasa diikat.
  1. Ini kerana,untuk mengelakkan skru yang diikat tercabut.Skru yang digunakan adalah berukuran 2 inci.
  1. Pemutar skru telah digunakan untuk mengetatkan skru.
  1. Kikir digunakan untuk membuat kesan-kesan gerigis yang terdapat pada tranking itu.

C) Membuat Sambungan Sesalur.

1. Penebat lubang digunakan untuk menyambung sesalur.

2. Lubang yang dibuat mestilah sama ukurannya dengan penyambung.Ini kerana untuk pemasangan dalam keadaan kemas.

3. Penyambung perlu dibuat sekiranya ukuran pemasangan jauh dan panjang.

clip_image008

Rajah 4.0 Menunjukkan tranking yang telah dilekatkan pada dinding.

9.0 Peraturan IEE Bagi Tranking.

  1. Sesalur atau mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal.
  1. Sesalur yang dibuat adalah daripada bahan yang tidak mudah terbakar.
  1. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan arus ulang alik baki setiap litar mestilah dipasang sesalur yang sama.
  1. Semua sesalur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakkan kabel.

    5.   Faktor ruang bagi sesalur ialah tidak melebihi 45%.