Sunday 22 August 2010

MENANAM TIANG SPUN KONKRIT 9 METER

Hasil Kerja : MOHD ZUNNURAIN BIN ARIFFIN

No.Pendaftaran : A04STE08F003

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : PENGURUS CAWANGAN ULU KINTA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TENAGA NASIONAL BERHAD JALAN BESAR ULU KINTA 31250 TANJUNG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN

1.0 Tujuan:

Menanam tiang spun 9 meter dan langkah-langkah sebelum penanaman tiang

2.0 OBJEKTIF:

  • Mendedahkan kepada pelatih tentang ujian yang perlu dilakukan sebelum tiang ditanam
  • Dapat didedahkan tentang cara untuk mengikat tiang dengan betul sebelum ianya diangkat oleh kren auger

3.0 ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MENANAM TIANG:

  • Penumbuk bumi
  • Penyodok tanah dan cangkul
  • Tali
  • Bendera amaran
  • Sarung tangan
  • Topi keselamatan
  • Dua lembar pengikat tiang
  • Kayu pancang

4.0 LANGKAH KESELAMATAN:

  • Pastikan tubuh badan sentiasa sihat sebelum melakukan kerja
  • Memakai alat perlindungan diri seprti topi keselamatan,’safety shoes’, ‘vest’ dan sebagainya ketika melakukan kerja
  • Meletakan kon-kon keselamatan di hadapan dan belakang kenderaan
  • Apabila mengendalikan ‘kren auger’ di larang bergurau semasa berkerja kerana sedikit kesilapan akan mengundang bahaya
  • Jek perlu diturunkan terlebih dahulu di bahagian depan dan belakang
  • Pastikan ianya stabil
  • Tempat yang hendak dikorek perlu di uji untuk mengelakkan terkena kabel atau paip air
  • Bendera merah perlu diikat pada pangkal tiang semasa ianya dibawa
  • Pembumian perlu dipasang pada ‘kren’

5.0 LANGKAH KERJA:

  • Tiang diambil dan disusun di atas ‘kren auger’.kapasiti yang boleh dibawa oleh ‘kren auger’ ialah 4 batang tiang

clip_image002[4]

Rajah 1.0 ‘Kren Auger’ membawa 3 batang tiang

  • Apabila sampai ditempat penanaman tiang,kawasan tersebut dilihat terlebih dahulu untuk pastikan tidak terdapat kabel atau paip air dibawah tanah.cara mengujinya dengan mengunakan 2 lembar kabel tembaga.Jika terdapat tarikan antaranya maka penanaman tidak boleh dilakukan
  • Kayu pancang dipacak di tempat yang hendak di tanam untuk memastikan kedudukan tiang lurus antara satu sama lain
  • Apabila di pastikan ianya lurus,kerja-kerja mengorek mengunakan kren dilakukan
  • Tapak kren auger diturunkan dan pastikan ianya stabil
  • Penyodok atau cangkul digunakan untuk membuang lembiran pasir atau tanah yang keluar dari lubang apabila dikorek oleh kren
  • Lubang hendaklah dikorek sedalam 1.5 meter untuk tiang 9 meter dan 1.2 meter untuk tiang 7.5 meter

clip_image004[4]

Rajah 2.0 Membuat lubang sedalam 7.5 meter untuk menanam tiang 9 meter

  • Selesai mengorek lubang kren haruslah dibersihkan
  • ‘Kren’ digunakan untuk mengangkat tiang,sebelum tiang diangkat ikat kain pengikat tiang di tali

clip_image006[4]

Rajah 3.0 Mengangkat tiang untuk masuk ke dalam lubang

  • Tali digunakan untuk menarik tiang masuk ke dalam lubang
  • Tanah dimasukkan ke dalam lubang tiang dan di tubuk dengan menggunakan penumbuk bumi sehingga padat

clip_image008[4]

Rajah 4.0 Tiang di bawa masuk ke dalam lubang menggunakkan kren kemudian tanah dihentak dengan padat

  • Tiang di pusing pada kedudukan yang dihendaki