Thursday 22 July 2010

MENARIK KABEL SERVIS

Hasil Kerja : MOHD ZUNNURAIN BIN ARIFFIN

No.Pendaftaran : A04STE08F003

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : PENGURUS CAWANGAN ULU KINTA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TENAGA NASIONAL BERHAD JALAN BESAR ULU KINTA 31250 TANJUNG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN

1.0 PERALATAN:

  • Insulated Piercing Connector (IPC)
  • Dead end clamp 25mm
  • Kabel clip 18mm
  • Tali pinggang keselamatan
  • Tangga

2.0 LANGKAH KESELAMATAN:

  • Pastikan pakaian yang sesuai dan selamat digunakan.
  • Pakai topi dan kasut keselamatan.
  • Pastikan alatan kerja dalam keadaan baik dan selamat sebelum kerja dilakukan.
  • Tahu menggunakan peralatan atau alat kerja dengan betul dan selamat.
  • Periksa keadaan fizikal tangga supaya tidak mengalami keretakan atau pereputan.
  • Pastikan keadaan kawasan tempat kerja dalam keadaan selamat ketika memulakan tugas.

3.0 LANGKAH KERJA:

  • Sebelum melakukan kerja,periksa keadaan sekeliling dan pastikan berada dalam kedudukan baik
  • Letakkan barang-barang yang hendak diguna ke satu tempat agar kerja senang dilakukan dan pantas.
  • Sebelum menaiki tiang letakkan tangga dalam keadaan selesa dan selamat.
  • Pakai tali pinggang keselamatan dalam keadaan selesa dan selamat serta mengambil barang-barang keperluan yang hendak dilakukan pada atas tiang
  • Semasa berada di atas tiang, ikat tangga dan tali pinggang keselamatan ditiang dengan kemas.
  • Tarik dan rentang talian ‘servis’ dengan tahap yang sesuai dan selamat.
  • Ikat kabel ‘servis’ tersebut bersama-sama ‘mainline’ kabel dengan menggunakan ‘Insulated Piering Connector’ (IPC).
  • Pastikan kabel yang diikat mestilah pada turutan yang betul supaya tidak mengalami kekurangan bekalan atau turutan fasa yang salah bagi pemasangan 3 fasa atau 1 fasa.
  • Ikat kabel pada ‘dead end clamp’ dan disangkut pada penyangkut “j” pada tiang.
  • ‘Clip’ kan kabel servis di dinding dengan keadaan kemas.
  • Buat ‘jumper’ di ‘neutral link’ dan terminal ‘incoming cut – out.’

clip_image002

Rajah 1.0  Menaikkan dan merentang kabel servis

PEMASANGAN METER ELEKTRONIK

Hasil Kerja : MOHD ZUNNURAIN BIN ARIFFIN

No.Pendaftaran : A04STE08F003

Kursus : SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK KKSS

Firma Latihan Industri : PENGURUS CAWANGAN ULU KINTA BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TENAGA NASIONAL BERHAD JALAN BESAR ULU KINTA 31250 TANJUNG RAMBUTAN PERAK DARUL RIDZUAN

1.0 PEMASANGAN METER ELEKTRONIK

  • Tangga.
  • ‘Test Pen’.
  • Pemotong Wayar.
  • ‘Drill’.
  • Pemutar skru.
  • Phase Rotation Meter’
  • Seal wire’, ‘seal bit’ & ‘sticker’.
  • ‘Plier’.
  • ‘Cut-out’  Fius
  • Jangka atau Meter KWJ

2.0 LANGKAH KESELAMATAN

  • Pastikan memakai pakaian yang sesuai dan selamat
  • Pastikan peralatan tangan dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan
  • Guna peralatan tangan dengan betul.
  • Tangga yang digunakan dipastikan dalam keadaan baik iaitu bebas dari pereputan atau retak
  • Periksa keadaan fizikalnya supaya bebas dari sebarang kerosakan

3.0 LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN METER

  • Tempat untuk diletakkan meter adalah perlu sesuai dan pastikan tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
  • Wayar perlu dikupas untuk memastikan pengalir dapat mengalirkan bekalan elektrik ke bahagian meter, ‘neutral link’,dan ‘cut out’. (meter perkhimatan)
  • Jika meter 3 fasa diletakkan maka terdapat 8 wayar dan kelapan-lapan wayar itu mesti dikupas.Wayar sebelah bawah akan dimasukkan ke dalam lubang yang berada di bawah meter.
  • Wayar dikupas dengan mengunakan ‘cutter’ dan player.Gunakan ‘player’ untuk membengkokkan pengalir untuk dimasukkan ke daam lubang pada meter.Ketatkan pengalir dengan tindihan skru yang sedia ada pada meter.
  • Bahagian skru tadi ditutup dengan menggunakan penutup meter.
  • Lubang penutup meter itu mesti diikat dengan menggunakan wayar ‘seal’ dan dikemaskan dengan menggunakkan butir ‘seal’ serta dikepitkan dengan ‘player seal’ yang bertanda TNB.Ia digunakan untuk mengetatkan lubang ‘seal’ tersebut.
  • Kerja-kerja telah selesai dan bekalan dapat digunakan dengan sempurna.

clip_image002

‘Cut Out’ dan ‘Fuse’ 30 Ampere sering digunakan apabila memasang meter

clip_image004

 ‘Neutral Link’

clip_image006

Memasang jangka atau meter KWJ

clip_image008

‘Seal player’

clip_image010

Meter yang siap dipasang.